follow me

Tuesday, 17 March 2015



ASSALAMMUALAIKUM....

Sesungguhnya benarlah kata pujangga "tak kenal maka tak cinta". Selagi kita tak kenal seseorang itu, selagi itulah rasa cinta takkan pernah berputik. begitu jugalah kisah yang akan saya kongsikan pada hari ini. Kisah yang mungkin pada awalnya mungkin saya rasakan tidak menarik, bahkan dalam erti kata sebenarnya memang tidak menarik langsung untuk dikongsi bahkan diceritakan. Tapi setelah mengenali dunia tersebut terus saya jatuh cinta dan rindu dengan mereka.

kalau ikut perancangan sendiri semasa sesi pemilihan sekolah, SMK Tun Mamat dekat Ledang, Tangkak Johor langsung tiada dalam "list" sekolah-sekolah pilihan saya. bukanlah sebab khabar angin sekolah itu teruk nilai moral pelajarnya, tapi disebabkan keunggulan pelajar dan guru-gurunya. itulah penyebab utama saya merasa sangat takut untuk memilih sekolah berkenaan.



Gambar pemandangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Ledang Tangkak, Johor



tetapi betul juga la kan. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita perlukan.

sampai sekarang saya tidak boleh lupa macam mana penerimaan warga SMKTM kepada saya dan rakan praktikum. Mereka begitu teruja menerima kehadiran kami dan menerima kami dengan senyuman manis di bibir. Terima Kasih warga SMKTM.

Pengetua SMK Tun Mamat 



Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar


                                                            Guru Penolong Kanan 1



guru pembimbing kesayangan saya
(Pn. Hajah Furaidah Binti Othman)

semasa membuat latihan mengajar di SMK Tun Mamat, saya telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengganti tugas guru pembimbing saya iaitu Pn. Hajah Furaidah Binti Othman untuk mengajar di kelasnya iaitu kelas tingkatan 4 Kaa serta kelas tingkatan 1 Kab bagi menggantikan pn. Idayu binti Ithnin yang ketika itu sedang cuti bersalin. kedua-dua kelas ini saya mengajar mata pelajaran bahasa melayu. walau bagaimanapun, untuk kelas tingkatan 1 kab, guru penolong kanan telah meminta saya beserta rakan praktikum saya untuk mengajar di kelas yang sama. maksudnya di sini satu kelas akan diajar oleh dua orang guru bahasa Melayu. situasi ini terjadi disebabkan tiada kelas kosong dan sesuai untuk kami berdua. 
berikut merupakan wajah comel anak-anak murid saya.





kelas tingkatan 1 KAB




kelas tingkatan 4 KAA


walaupun pada permulaan, saya berasa sangat takut untuk mengajar, namun setelah kelama-lamaan, saya berasa sangat seronok untuk mengajar di sekolah tersebut. penerimaan warga SMK Tun Mamat terhadap kami serta kesediaana anak-anak murid membantu saya sepanjang 16 minggu sesi pengajaran sangat membuatkan saya berasa terharu.
     
          seperti patah melayu ada mengatakan, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari memang menyelubungi hidup saya ketika itu. saya baru sedar bahawa sebagai seorang guru pelatih, jam kredit minima adalah sebanyak 10 jam kredit. namun, jam kreadit saya hanyalah 9 jam kredit. hal ini telah membuatkan saya terpaksa menanggung akauntabiliti untuk mengajar satu lagi kelas subjek minor. jadi, guru penolong kanan telah menyuruh saya mengajar di kelas 1 Kac untuk mata pelajaran sejarah. pada permulaannya saya agak menolak tawaran tersebut disebabkan tahap keyikinan yang rendah untuk mengajar. namun berpegang kepada sikap profesioanal saya sebagai seorang guru pelatih saya telah menyahut kepercayaan yang diberikan. oleh hal yang demikian, guru penolong kanan iaitu cikgu razali telah memberi saya kelas 1 kac. 
   
         Berikut merupakan wajah-wajah anak-anak murid saya di kelas 1 kac.





PROGRAM YANG DISERTAI DI SMKTM

penyertaan saya dalam aktiviti sekolah agak terbatas disebabkan pada waktu itu kebanyakan aktiviti telah banyak dibuat pada awal tahun persekolahan. walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa aktiviti yang sempat saya dan rakan sertai. antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti sambutan hari raya, aktiviti perkhemahan badan beruniform dan juga aktiviti hari qurban.

walaupun penglibatan saya dalam aktiviti di sekolah boleh dianggap minor, namun pengalaman yang kami dapat tetap sangat bermakna. contohnya untuk aktiviti perkhemahan, saya telah diberi kepercayaan untuk membantu guru dalam melicinkan urusan program tersebut. kami telah diminta untuk berjaga malam bagi menjaga keselamatan pelajar-pelajar. perkara ini meupakan perkara baru dalam hidup saya dan pengalaman yang saya dapat juga sangat bermakna.








PROFESIONAL KEGURUAN

Profesion merupakan suatu pekerjaan khusus yang dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mereka yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh profesion yang terdapat di Malaysia ialah profesion keguruan, peguaman, akuantan kedoktoran dan lain-lain lagi.

              Walaupun pada dasarnya perkataan ini hampir sama bunyi, namun makna yang terkandung bagi kosa kata ini sangat besar jurang perbezaannya. Perguruan boleh didefinisikan sebagai pengajaran seorang guru kepada muridnya dan sebagainya. Keguruan pula boleh didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru yang meliputi peranannya, tugasnya serta kelayakan yang ada pada seseorang guru. Berdasarkan kedua-dua maksud tersebut. Boleh dinyatakan bahawa maksud profesion perguruan merupakan suatu pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi serta latihan khas yang mantap. Profesion keguruan pula membawa makna yang lebih bersifat pragmatik yang mana ia  membawa maksud suatu pengajaran yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akuantabiliti terhadap masyarakat.

KOMPETENSI GURU

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau turut dipanggi personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas. Daud Ibrahim (2003) pula memberi definis kompetensi sebagai competence, proficiency, skillful and skill. Kompetensi ini ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan.
                Prinsip asa dalam kompetensi menjelaskan bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang.

Antara komponen kompetensi guru menurut Baera (2001) ialah

1.       kurikulum
·         Guru hendaklah mempunyai pengetahuan terkini tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek)

2.       Pedagogi
·         Guru mestilah tahu dan mahir untuk mengajar, menguruskan kelas dengan menggunakan teknilogi mod pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai disamping penggunaan teknologi yang bersesuaian

3.       Penilaian
·         Guru hendaklah cekap dalam menilai hasil kerja dan tahap kemajuan murid, menilai kemajuan murid, melaporkan kemajuan kepada murid dan ibu bapa, menyimpan rekod pembelajaran serta menetapkan tahap kemajuan

4.       Sumbangan kepad sekolah
·         Setiap guru seharusnya berupaya memberi sumbangan yang konsruktif kepada sekolah secara menyeluruh dan bersedia menerima tanggungjawab. Di samping itu, guru perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta menjaga reputasi institusi pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan dan kemenjadian murid di sekolah.

5.       Sumbangan profesional
·         setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion keguruan dengan menyertai kursus yang berkaitan dengan perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan idea-idea pembangunan dalam profesion keguruan, kesediaan untuk berkolaborasi untuk menyalurkan kemahiran yang dimilikinya dan bersedia untuk membantu rakan sejawat secara profesional.




KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

           Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Seperti yang kita sedia ketahui, setiap bidang profesional mempunyai kod etikanya yang tersendiri. Bahkan dalam kehidupan kita ini pun mempunyai etika yang perlu diikuti. Oleh hal yang demikian, etika profesional boleh didefinisikan sebagai nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu mengikut profesion masing-masing. Tujuan utama kod etika ini dibuat adalah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. Jadi sebagai seorang guru utamanya, mereka harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam tatasusila profesion keguruan seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya ialah
·         tanggungjawab terhadap pelajar
·         tanggungjawab terhadap ibu bapa
·         tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
    tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan





No comments:

Post a Comment