follow me

Monday, 21 January 2013

AKU DI UTM




ASSALAMMUALAIKUM....

ADA ORANG KE TAK.. SAYA NAK MASUK NIE?

ADAKAH BEGINI MUKAKU SEMASA SESI MENUNGGU?...
KALAU BETUL , ALAHAI.. KURANG HANTARAN KAWIN NNTI :D

disebabkan kebosanan yang sesangat n sesangat melanda jiwa dan ragaku.. jadi aku telah membuat keputusan untuk menarikan jari jemari comelku bagi meceritakan  serba sedikit tentang pengalaman yang aku dapat  semasa menjadi peneman setia kakakku yang time tu busy duk dalam library cri bahan tok tesis dia tu...
OK KAWAN2.. CERITANYA BERMULA DRI SINI :D




aku pergi UTM nie dah masuk kali ketiga kot. kali pertama msa aku kena berjuang bermati-matian bagi menjalani sesi temuduga bagi melayakkan aku melanjutkan pelajaran ke UPSI.. dan alhamdulillah berkat doa keluarga aku berjaya dalam sesi temuduga tu n sekarang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam bidang ISMP BAHASA MELAYU. (sebenarnya kan aku mohon ISMP BM TU pilihan kedua sbbnya pilihan pertama aku berangan nak jadi cikgu kaunseling je..hahaha.. tup2 tengok dapat jdi cikgu bahasa melayu.. hahaha )
NIE GAMBAR 2 TAHUN LEPAS KOT.. MUKA EXCITED LEPAS SESI TEMUDUGA BERSAMA PANEL2 YANG SANGAT SPORTING :)
SOALAN YG PALING TAK DILUPAKAN BILA KENA SOAL DENGAN PANEL2 ITU IALAH.....
JENG..JENG... JENG..
TELL ME ABOUT YOUR SHOES?.... hahahaha... tergelak2 aku .. terkejot beruk dengan soalan yang sangat tak dijangka :)


kali kedua N ketiga aku pergi sebab nak temankan kakak aku  cri bahan dekat fakulti pendidikan. sbbnya mak cik sibuk cerita serabutnya hidup dia kena siapkan tesis sampai dengan aku, aku sekali kena teman dia pergi library FAKULTI PENDIDIKAN (kalau tak silap aku) tok cari bahan rujukan tesis dia tu... sabar je la kan.. x pe.. demi kakakku yang tercinta.. hahaha... nak tau tak kakak aku yang mana?... ah nie la kakak aku yang PAKSA aku temankan dia cri bahan tu... hahahaha...

nie kakak aku. KAK ZURA A.K.A CIKGU ZURA YANG GARANG...HEHEHE..
GAMBO NIE AKU CURI DEKAT FB DIA NIE... JANGAN DIA TAHU SUDAH LA YE...
HEHEHE...  :D
Tapi yang sedihnya, aku cuma duduk diluar library tu je.. x masuk pon.. so bayangkanlah..selama 2 jam aku mengalami masalah ganguan identiti.. dh macam orang gila pon ada duduk sorang2 dekat luar...haha... tapi nasib baik la aku bawak pink lappy aku nie..so dapatlah aku curi line library tu. sambil melayan korea. hahaha
hahaha...XDE LA CNTIK CMNIE.. TAPI MCAM NIE LA PINK LAPPY KESAYANGAN AKU TU... KERJA LAPTOP AKU NIE ASIK MSUK ICU JE.. AKU PON X FHM KENAPA DIA NIE EXCITED SANGAT PERGI HOSPTAL...
TERBANG WEIII $$$$ AKU... HUHUHU :'D
umm disebabkan dah takde idea nk tulis.. so aku bagi korang (ada ke yang baca entry nie yana oiii.. berangan la ko nie :)... hahaha ) tengok la hasil photografi yang aku amik sekitar tempat aku duduk tu... haha... almaklum mood bosan melanda..so snap2 je la jwbnye.. hahaha....
tapi mse aku amik gambo nie xde la sampai guna DSRL...( x mampu lagi nak beli :( ) so aku rembat handphone samsung w kakak aku snap2 view dekat sekitar UTM.... hahahha

so nie antara koleksi gambarnya  ( xde msa dah nk edit gmbo2 tu..so gambo nie memang original.. fresh dari ladang... hahaha ) 
nie gambar depan library tu...sori la ye kabur sikit sebabnya time tu aku terasa segan nk snap gambo... hahaha

YANG BANGUNAN NIE BETUL2 DEPAN KERUSI AKU YANG AKU DUDUK... IGAT JUMPA LA PAKWE2 HENSEM.. TAPI X DE PON.. DORANG CUTI SEM KO TIME NIE :(



MACAM XDE KEJE KAN AKU.. HAHA... XPE.. BAKAL PENDIDIK NIE :D

SUKA TENGOK POKOK BUNGA NIE... ALAHAI.. KALAU SUH MAK AKU TANAM CONFIRM BOLEH MENANG ANUGERAH RUMAH FELDA TERCANTIK... KIHKIHKIH :D

NIE RUPA FAKULTI PENDIDIKAN KOT... (KALAU SALAH MAAF YE... SAYA BUDAK BRU BELAJAR :)

PENGUMUNAN2..!!!!.. NIE LA MEJA YANG MENEMANI SIANG HARIKU TDI.. HAHAA..SWEETKAN KAMI :D

X TAU LA NIE APA.. SEBABNYE MAIN SNAP JE.. HAHAHA

MASJID UTM.. CANTIK KAN... UPSI PON ADA MASJID MACAM NIE...
RUMAH ALLAH :)
INDAH KAN.. :)
BLOK C19?... MAAF YE.. TAK TAHU NIE BLOK APA :)

GAMBAR NIE PALING MENCABAR NAK AMIK ... HAHA..SEBABNYA NASIB BAIK TAK KENA LANGGAR DENGAN KERETA TDI.
ALMAKLUM BERANI MATI BERDIRI TENGAH JALAN RAYA.. :D

OTW NK G KAT PARKING KERETA KAKAK AKU... HAHAHAHA...
CE TEKA MANA KERETA KAKAK AKU?...
ADA KE X?
XDE PON.. :D
KERETANYA NYOROK SBB MALU NAK BERGAMBAR... HAHAHA

NIE X SURE BANGUNAN APA.. TAPI CANTIK BANGUNAN NIE..ADA UNSUR TRADISIONAL DALAM REKAANNYA :) BANYAK UKIRAN AWAN LARAT :)

EH... LORI UTM.. NK JUGAK LORRY NIE INTERFRAME KAN.. HAHAA.... X PE.. BGI PELUANG EH.. :D

NIE KALAU TAK SILAP FAKULTI SAINS KOT...WAH AKU TABIK SRPING AH BUDAK2 YANG STUDY SAINS..ALMAKLUM SEBABNYA DULU AKU NGN SAINS MUSUH KETAT.. HAHAHAHA

AH YANG NIE PON AKU TAK TAHU BANGUNAN APA.. TAPI CANTIK BGUNAN  NIE... :)

LIHAT3!!!!... ADA TASIK DISITU?... NAMPAK X?..HAHA... NIE SEMPAT SNAP MASA OTW NK BALIK... :)
 EHHH....belum habis la... tu bru permandangan... nie gambar  model yang aku snap.. haha..sapa lagi kalau bukan kakak aku.. hahha ... nak tahu tak?..sebenarnya kakak aku y paksa aku amik gmbo dia.. hehehehehehe... tapi takpe..sebabnya aku pon suka amik gambar orang...haha

MUKA HAPPY BILA DAPAT CRI BAHAN Y DIA NAK... HAHAHA......SENYUM MANIS KAN :)

GAMBAR CANDID.... PANDAI JUGAK KAKAK AKU BERAKSI CANDID... X SANGKA I... HAHAHAHA...


Wednesday, 9 January 2013

TEORI BOTTOM - UP DAN TEORI UP - DOWN

TEORI BOTTOM - UP DAN TEORI UP - DOWN

TEORI BOTTOM - UP

dalam teori ini, terdapat beberapa langkah yang berkaitan dalam proses membaca
1. membaca huruf
2. membaca perkataan
3. membaca ayat
4. membaca perenggan
5. membaca keseluruhan teks
6. membuat pemahaman teks.

merupakan teori yang boleh digelar teori piramid.
merupakan teori model linear yang dimulai dengan memproses huruf, suku kata, perkataan, frasa, klausa dan ayat dan proses ini dilakukan secara berurutan bagi mendapatkan makna teks.
sesuai dilakukan pada peringkat awal.

PRINSIP BOTTOM- UP
1. mengenal pasti ciri huruf
2. menghubungkan ciri huruf untuk memilih huruf
3. menggabungkan huruf untuk memilih pola ejaan.
4. menghubungkaitkan pola ejaan dalam memilih perkataan
5. membuat proses membina ayat. perenggan dan tahap sesebuah teks.

APLIKASI TEORI DALAM PROSES P&P
1. Guru memberi satu situasi yang boleh dikaitkan dengan pengalaman pelajar
2. pengalaman yang dibincangkan akan menarik minat pelajar terhadap perbincangan yang dibuat
3.guru membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting namun tidak difahami oleh  pelajar.
4. guru membincangkan isu-isu yang boleh dikaitkan dengan topik perbincangan
5. guru membahagikan teks kepada pelajar
6. pelajar membaca teks secara berkesan dan mengaitkan teks dengan apa  yang telah dibincangkan tadi.

TEORI UP- DOWN
APLIKASI TEORI DALAM P&P
1. proses pembacaan melalui teks
2. guru membahagikan teks kepada para pelajar
3. guru menyuruh pelajar membaca teks dalam situasi senyap atau lancang
4. guru meminta pelajar mengenalpasti istilah-istilah yang tidak difahami oleh pelajar
5. guru meminta pelajar mencari makna terhadap istilah tersebut yang berkaitan dengan topik yang dibincagkan didalam teks
6. guru  meminta pelajar memcari isi-isi  penting dari dlam teks
7. pemahaman dibuat dari perenggan ke perenggan
8.  maksud keseluruhan teks dikenal pasti
9. guru membincangkan teks tersebut dan mengaitkannya petikan teks dengan latar pelajar tentang tema, isi dan kandungan teks yang dibincangkan.

PRINSIP TEORI UP-DOWN
1. mengetahui apa yang dibaca walaupun tidak tahu istilah-istilah perkataan yang digunakan
2. menggunakan makna dan isyarat bagi mengenalpasti istilah-istilah yang tidak difahami.
3. fokus dalam pengajaran seperti membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan
4. tahu jenis dan maklumat yang diperoleh hasil daripada pembacaan.