follow me

Saturday, 13 October 2012

mata INdah Mu....

tuanku,

dikeheningan malam yang sunyi, bunyi cengkerik mengiringi diriku ini. kesejukan yang mencucuk hingga ke tulang hingga membuatkan tubuh mengigil kesejukan..
aku seperti biasa, menitipkan mata ku ini ke sang paparan cinta sambil di temani lagu2 yang menyentuh jiwa.

keindahan malam yang sukar digambarkan tidak mampu untuk aku hayati dengan sepenuh perhatian dek kerana bebanan harapan dan perjuangan yang perlu kamu diselesaikan.

NAMUN ianya tidak menjadi batu penghalang untukku meneruskan penghayatan terhadap keindahan malam yang sentiasa memancarkan paparan yang indah buat sang mata. mata ini akan sentiasa berusaha untuk menemani tuanku dalam suka dan duka..

MATA ini juga akan berusaha beriringan dengan tuannya untuk melawan segala onak dan ranjau peperangan yang dihadapi oleh tuannya yang TERCINTA..


BEBANAN dan peperangan yang dihadapi ini tidak sesekali mematahkan semangat mata untuk membaca setiap bait-bait ayat dan perkataan yang diperintahkan oleh tuannya....kerana  MATA telah berjanji dan bersumpah  untuk menjadi rakan dan sabahat yang terbaik buat tuannya walaupun ianya sendiri terpaksa mengorbankan jiwanya sendiri.....

bangkitkan tuanku yang tercinta...bangkitlah menghadapi peperangan yang sedang dijalani ini..sesungguhnya aku setia menemani mu.. Ingatlah wahai tuanku, sesungguhnya mata indah mu ini akan sentiasa bersama-sama mu meniti bebanan dan perang yang kau hadapi...

sokongan padu aku berikan kepada mu..... jadi wahai tuanku, jangan la kau sesekali mempersia-siakan pengorbanan yang aku berikan ini...aku tahu kau mampu menghadapi bebanan mu ini............

mata indahmu ini akan setia menjadi sahabatmu buat selama-lamanya....




                                                                                    

4 comments: