follow me

Tuesday, 16 October 2012

untukMU sahabat




coretan untuk sahabat........


Merupakan  sajak kedua ciptaanku.... entahlah.. tetiba je muncul idea untuk menghasilkan sebuah cerpen khas buat sahabat...
seperti yang kita tahu kan. sahabat merupakan antara benda yang penting dalan kehidupan.. tanpa sahabat,kehidupan seseorang itu akan berasa hambar je kan.
macam aku contohya. sahabat meruakan bnda yang penting dalam kehidupan selepas Allah,Nabi, dan keluarga..


tanpa sahabat aku rasa kehidupan aku terasa hambar je....entah la.mungkin ada orang pikir x de sahabat pon x pe.. n ada aku kesah...xde kawan pon aku boleh hidup la...

bagi aku ungkapan tu hanyalah auta semata..sebabnya kan.kita nie manusia x kan lari dari memiliki sahabat kan. so aku memang x setuju la klo ada orang yang pikir KAWAN TU TAK PENTING DALAM KEHIDUPAN MEREKA...

eh tetiba teremosi pulak aku nie kan..ahahahahha......wat malu je..hahaha..
okey la eh...jom kita terjah sajak yang aku wat tu..sebenarnya dah lama dah aku wat just arinie je bru teringat nak post benda nie..hahahahaa.......

OKEY JOM KITA BACA... hohohohohoh :D




AWAK,
Kelembutan,Ketabahan,
Ketenangan,Kesederhanaan,  DAN
Kebaikkanmu
Menjadikan kamu sahabat sejatiku
AWAK,
Saya tidak mengharapkan teman yang sempurna
Saya tidak MEMERLUKAN teman yang berharta
Saya tidak MENGHARAPKAN teman yang buat saya rasa megah dan bangga
TAPI saya MENGHARAPKAN,
Teman yang boleh berkongsi cerita
Teman yang boleh bercanda
Teman yang boleh menangis bersama
Teman yang boleh berkongsi cerita
Teman yang boleh meluahkan rasa
Teman yang menegur bila saya salah..
Teman dikala senang dan susah…
Dan TEMAN INI ADALAH AWAK…
Semoga ukhwah yang terbina berpanjangan tok selama-lamanya

   Amin…


                                                         
                                                                                         nukilan:

Saturday, 13 October 2012

mata INdah Mu....

tuanku,

dikeheningan malam yang sunyi, bunyi cengkerik mengiringi diriku ini. kesejukan yang mencucuk hingga ke tulang hingga membuatkan tubuh mengigil kesejukan..
aku seperti biasa, menitipkan mata ku ini ke sang paparan cinta sambil di temani lagu2 yang menyentuh jiwa.

keindahan malam yang sukar digambarkan tidak mampu untuk aku hayati dengan sepenuh perhatian dek kerana bebanan harapan dan perjuangan yang perlu kamu diselesaikan.

NAMUN ianya tidak menjadi batu penghalang untukku meneruskan penghayatan terhadap keindahan malam yang sentiasa memancarkan paparan yang indah buat sang mata. mata ini akan sentiasa berusaha untuk menemani tuanku dalam suka dan duka..

MATA ini juga akan berusaha beriringan dengan tuannya untuk melawan segala onak dan ranjau peperangan yang dihadapi oleh tuannya yang TERCINTA..


BEBANAN dan peperangan yang dihadapi ini tidak sesekali mematahkan semangat mata untuk membaca setiap bait-bait ayat dan perkataan yang diperintahkan oleh tuannya....kerana  MATA telah berjanji dan bersumpah  untuk menjadi rakan dan sabahat yang terbaik buat tuannya walaupun ianya sendiri terpaksa mengorbankan jiwanya sendiri.....

bangkitkan tuanku yang tercinta...bangkitlah menghadapi peperangan yang sedang dijalani ini..sesungguhnya aku setia menemani mu.. Ingatlah wahai tuanku, sesungguhnya mata indah mu ini akan sentiasa bersama-sama mu meniti bebanan dan perang yang kau hadapi...

sokongan padu aku berikan kepada mu..... jadi wahai tuanku, jangan la kau sesekali mempersia-siakan pengorbanan yang aku berikan ini...aku tahu kau mampu menghadapi bebanan mu ini............

mata indahmu ini akan setia menjadi sahabatmu buat selama-lamanya....