follow me

Tuesday, 17 March 2015



ASSALAMMUALAIKUM....

Sesungguhnya benarlah kata pujangga "tak kenal maka tak cinta". Selagi kita tak kenal seseorang itu, selagi itulah rasa cinta takkan pernah berputik. begitu jugalah kisah yang akan saya kongsikan pada hari ini. Kisah yang mungkin pada awalnya mungkin saya rasakan tidak menarik, bahkan dalam erti kata sebenarnya memang tidak menarik langsung untuk dikongsi bahkan diceritakan. Tapi setelah mengenali dunia tersebut terus saya jatuh cinta dan rindu dengan mereka.

kalau ikut perancangan sendiri semasa sesi pemilihan sekolah, SMK Tun Mamat dekat Ledang, Tangkak Johor langsung tiada dalam "list" sekolah-sekolah pilihan saya. bukanlah sebab khabar angin sekolah itu teruk nilai moral pelajarnya, tapi disebabkan keunggulan pelajar dan guru-gurunya. itulah penyebab utama saya merasa sangat takut untuk memilih sekolah berkenaan.



Gambar pemandangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Ledang Tangkak, Johor



tetapi betul juga la kan. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita perlukan.

sampai sekarang saya tidak boleh lupa macam mana penerimaan warga SMKTM kepada saya dan rakan praktikum. Mereka begitu teruja menerima kehadiran kami dan menerima kami dengan senyuman manis di bibir. Terima Kasih warga SMKTM.

Pengetua SMK Tun Mamat 



Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar


                                                            Guru Penolong Kanan 1



guru pembimbing kesayangan saya
(Pn. Hajah Furaidah Binti Othman)

semasa membuat latihan mengajar di SMK Tun Mamat, saya telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengganti tugas guru pembimbing saya iaitu Pn. Hajah Furaidah Binti Othman untuk mengajar di kelasnya iaitu kelas tingkatan 4 Kaa serta kelas tingkatan 1 Kab bagi menggantikan pn. Idayu binti Ithnin yang ketika itu sedang cuti bersalin. kedua-dua kelas ini saya mengajar mata pelajaran bahasa melayu. walau bagaimanapun, untuk kelas tingkatan 1 kab, guru penolong kanan telah meminta saya beserta rakan praktikum saya untuk mengajar di kelas yang sama. maksudnya di sini satu kelas akan diajar oleh dua orang guru bahasa Melayu. situasi ini terjadi disebabkan tiada kelas kosong dan sesuai untuk kami berdua. 
berikut merupakan wajah comel anak-anak murid saya.





kelas tingkatan 1 KAB




kelas tingkatan 4 KAA


walaupun pada permulaan, saya berasa sangat takut untuk mengajar, namun setelah kelama-lamaan, saya berasa sangat seronok untuk mengajar di sekolah tersebut. penerimaan warga SMK Tun Mamat terhadap kami serta kesediaana anak-anak murid membantu saya sepanjang 16 minggu sesi pengajaran sangat membuatkan saya berasa terharu.
     
          seperti patah melayu ada mengatakan, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari memang menyelubungi hidup saya ketika itu. saya baru sedar bahawa sebagai seorang guru pelatih, jam kredit minima adalah sebanyak 10 jam kredit. namun, jam kreadit saya hanyalah 9 jam kredit. hal ini telah membuatkan saya terpaksa menanggung akauntabiliti untuk mengajar satu lagi kelas subjek minor. jadi, guru penolong kanan telah menyuruh saya mengajar di kelas 1 Kac untuk mata pelajaran sejarah. pada permulaannya saya agak menolak tawaran tersebut disebabkan tahap keyikinan yang rendah untuk mengajar. namun berpegang kepada sikap profesioanal saya sebagai seorang guru pelatih saya telah menyahut kepercayaan yang diberikan. oleh hal yang demikian, guru penolong kanan iaitu cikgu razali telah memberi saya kelas 1 kac. 
   
         Berikut merupakan wajah-wajah anak-anak murid saya di kelas 1 kac.





PROGRAM YANG DISERTAI DI SMKTM

penyertaan saya dalam aktiviti sekolah agak terbatas disebabkan pada waktu itu kebanyakan aktiviti telah banyak dibuat pada awal tahun persekolahan. walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa aktiviti yang sempat saya dan rakan sertai. antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti sambutan hari raya, aktiviti perkhemahan badan beruniform dan juga aktiviti hari qurban.

walaupun penglibatan saya dalam aktiviti di sekolah boleh dianggap minor, namun pengalaman yang kami dapat tetap sangat bermakna. contohnya untuk aktiviti perkhemahan, saya telah diberi kepercayaan untuk membantu guru dalam melicinkan urusan program tersebut. kami telah diminta untuk berjaga malam bagi menjaga keselamatan pelajar-pelajar. perkara ini meupakan perkara baru dalam hidup saya dan pengalaman yang saya dapat juga sangat bermakna.








PROFESIONAL KEGURUAN

Profesion merupakan suatu pekerjaan khusus yang dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mereka yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh profesion yang terdapat di Malaysia ialah profesion keguruan, peguaman, akuantan kedoktoran dan lain-lain lagi.

              Walaupun pada dasarnya perkataan ini hampir sama bunyi, namun makna yang terkandung bagi kosa kata ini sangat besar jurang perbezaannya. Perguruan boleh didefinisikan sebagai pengajaran seorang guru kepada muridnya dan sebagainya. Keguruan pula boleh didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru yang meliputi peranannya, tugasnya serta kelayakan yang ada pada seseorang guru. Berdasarkan kedua-dua maksud tersebut. Boleh dinyatakan bahawa maksud profesion perguruan merupakan suatu pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi serta latihan khas yang mantap. Profesion keguruan pula membawa makna yang lebih bersifat pragmatik yang mana ia  membawa maksud suatu pengajaran yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akuantabiliti terhadap masyarakat.

KOMPETENSI GURU

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau turut dipanggi personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas. Daud Ibrahim (2003) pula memberi definis kompetensi sebagai competence, proficiency, skillful and skill. Kompetensi ini ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan.
                Prinsip asa dalam kompetensi menjelaskan bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang.

Antara komponen kompetensi guru menurut Baera (2001) ialah

1.       kurikulum
·         Guru hendaklah mempunyai pengetahuan terkini tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek)

2.       Pedagogi
·         Guru mestilah tahu dan mahir untuk mengajar, menguruskan kelas dengan menggunakan teknilogi mod pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai disamping penggunaan teknologi yang bersesuaian

3.       Penilaian
·         Guru hendaklah cekap dalam menilai hasil kerja dan tahap kemajuan murid, menilai kemajuan murid, melaporkan kemajuan kepada murid dan ibu bapa, menyimpan rekod pembelajaran serta menetapkan tahap kemajuan

4.       Sumbangan kepad sekolah
·         Setiap guru seharusnya berupaya memberi sumbangan yang konsruktif kepada sekolah secara menyeluruh dan bersedia menerima tanggungjawab. Di samping itu, guru perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta menjaga reputasi institusi pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan dan kemenjadian murid di sekolah.

5.       Sumbangan profesional
·         setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion keguruan dengan menyertai kursus yang berkaitan dengan perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan idea-idea pembangunan dalam profesion keguruan, kesediaan untuk berkolaborasi untuk menyalurkan kemahiran yang dimilikinya dan bersedia untuk membantu rakan sejawat secara profesional.




KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

           Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Seperti yang kita sedia ketahui, setiap bidang profesional mempunyai kod etikanya yang tersendiri. Bahkan dalam kehidupan kita ini pun mempunyai etika yang perlu diikuti. Oleh hal yang demikian, etika profesional boleh didefinisikan sebagai nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu mengikut profesion masing-masing. Tujuan utama kod etika ini dibuat adalah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. Jadi sebagai seorang guru utamanya, mereka harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam tatasusila profesion keguruan seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya ialah
·         tanggungjawab terhadap pelajar
·         tanggungjawab terhadap ibu bapa
·         tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
    tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan





Monday, 16 March 2015




HARI TERAKHIR DI SMK TUN MAMAT, LEDANG TANGKAK

masih terngiang-ngiang difikiran detik-detik terakhir aku sebagai seorang guru rasmi ke SMK TUN MAMAT, Ledang, Johor. Detik itu jugalah saya dengan rasminya akan bergelar mantan guru bahasa Melayu di Kelas tingkatan 4 Ibnu Sina (4KAA) 

Monday, 1 July 2013

MISI MENUKAR HEADER BLOG




HOLA.... HOLA... HOLA... YIHAAAAA.... opss.. jawab salam saya dulu k ;)

setelah hampir 4 bulan aku x update blog akhirnya seruan untuk menjinakkan blogku yang dah lama menjadi buas terlaksana jua...  huhu.. pada hari nie aku nk buat entry yang berkaitan dengan header yang aku edit2 x menjadi. edit2 x menjadi.. adoiii sampai aku dah naik surrender dah.. almaklum la aku nie memang buta bab2 photoshop2 bagai nie. yang aku expert picmonkey je la... hahaa..sedih kan...
mls la nk tulis byk2.. lets picture speak louder k!!!!...hahahaha

dibawah2 nie antara koleksi2 buruk header yang aku buat... hanya nie je la yang aku mampu.. nanti naik sem aku berguru dengan kakak programing.. kakak tu housemate aku. tapi asik x menyempat je aku nk berguru dengan dia.. haha..sedih2.. ok...
LETS GENG.. CHECK IT OUT THE HORROR HEADER IN THE WORLD... hahahahaa...

nie la header yang pertama2 kali aku gunakan.. hahha.. cute gile kan cartoon nie. just like the owner..hahahhaa


after that.. aku guna yang nie.... aku rasa nie la header yang paling lama aku gunakan... hahahah.. x tau la apa y ada dekat header nie hingga membuat aku gatal nk guna lama2.. hahahaha

nie sama je dengan yang atas.. tapi aku ubah sikit warna backgroundnya.. hahaha.. nie aku guna picnik... tapi sedih ah sekarang picnic dh x boleh pakai.... what theeee...hahahahaha

after that.. aku try pulak yang nie... yang nie aku rasa cantik la konon.. amik ko.. penuh muka aku dekat header tu... hakhakhak.. nie aku guna pakai piZap.. best gak.. boleh main potong2 gmbar sesuka hati.. hahahahaha


jeng... jeng... jeng... tadaaaaa.....  nie la header the latest yang aku guna... capek aku nk buat.... hahahhaa.. aku guna picasa3 je... x larat ah nk over2 guna benda yang susah2.. capek mak.. capek... hahahhahhaa.. papepon aku tetiba terlike quotes yang aku reka sendiri tu... hahahaha


so korang dh tengok... perasan kan aku.. aku rasa sorang pon x kan baca entry gile aku nie.. almaklum aku nie bukannye the glamerous blogger kt sini.. hahaha.. i redha je.. i redha je.... umm k la..nnti kl jin rajin aku datang lagi aku update ye... hahaha
byeee semua.. see u next time... huhuhuhu

                                                                                                      DIGORENG OLEH :


                       ......SENYUM SEINDAH SURIA YANG MEMBAWA CAHAYA.......

Sunday, 19 May 2013

betapa beruntungnya kami.....



ummm.... hari nie aku terpanggil untuk update blog yang sememangnya dah lama tak dijengah.. dah lama tak disentuh bahkan dah lama tak dibuka.... ada orang gunakan blog tu cari duit. ada orang gunakan blog tuk share maklumat. Tapi aku gunakan medan blog nie sebagai dairy tok aku coretkan kesedihan, kegembiraan bahkan segala bentuk la perasaan yang aku nak luahkan...

ummm entah la eh... hari nie aku tetiba nak luahkan tentang kesedihan aku la...  aku pon tak tahu apa perasaan aku sekarang nie... tak tahu nak gambarkan macam mana... aku pon tak tahu sama ada aku sekarang nie tengah sedih ke.. ataupun tengah gembira... aigoooo... what wrong with u yana..... u still can't understand urself?....... aigoooo.....

adehhh... based on tajuk entry aku harinie "BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI"........... kalau baca entry nie rasa-rasanya perasaan apa ek yang perlu digambarkan?.... sedih?... suka?.. gembira?.. ke alang2 nk jerit je bio satu kolej nie dengar suara aku... aigooo yana.. dah pukul 2.25a.m ok.. kalau kau jerit sekarang mesti something wrong with u... ummmmmmmmmm(agaknya dah berapa ribu kali la aku nk mengeluh nieeee...)
BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI?.... BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI??? BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI..... @ dalam bahasa arabnya YA HANANA.. YA HANANA.. YA HANANA...
ya betapa beruntungnya kau sekarang.. aku dikelilingi keluarga yang sayang gile kat aku. aku dikelilingi kawan2 yang sangat gile dekat aku... seeee... betapa beruntungnya aku kan... tapi kadang-kadang aku nie kenapa la jenis yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada.. kenapa aku nie kadang-kadang nak lebih dari apa yang aku ada sekarang.. KENAPA!!!!.. KENAPA!!!... seee.. betapa tak reti bersyukurnya manusia yang bernama siti hasliana nie kan...





astagfirullah-hal azim.... ya Allah... aku tak tahu la npe aku jdi macam nie.. kenapa la kan... sesungguhnya aku takut dengan kehidupan aku nie.. aku takot kalau2 kau tarik aku masa aku tengah tidak bersyukur dengan apa yang kau bagi.. tak melakukan apa yang kau suruh... ALLLAH....

sekarang nie perasaan aku dah bercampur baur dah.. tak tahu apa sebenarnya yang aku nk sampaikan.. aku pon buntu.. buntu dan sangat buntu.............

but orang cakap kalau kita tengah tension or sress macam nie.. pergi amik wuduk dan solat sunat....in sha Allah hati kita akan tenang setenang air dilautan... setenang air di sungai atau pun di mana2 je....

k la my dairy.. aku pun sebenarnya pening nie. aku pon tak apa  yang aku nk cite sebenarnya.. kalaula aku jdi cikgu nnti cmfirm anak- anak murid dok gelakkan aku sebab isi huraian aku terkeluar tajuk... :(

dah la.. aku nk out nie.. stress la...... tapi aku nk suh dengar 2 buah lagu y aku tengah dengar sekarang.. lagi nie sangat mendamaikan jiwa. sangat meruntuhkan hati yang duka....


LAGUNYAAAAA.. IALAH



lagu nie ialah lagu ya hanana atau maksud dia betapa beruntungnya kami.. sedih weii lagu nie.. aku dah rasa nk meleleh je air mata je nie... x tau la.. hari nie aku dh gile agaknya.. huhuhuhu
DAN LAGU KEDUA IALAH....... 




yang lagu lagi satu nie lagu dia namanya YA BADROTIM... lagu nie lagi la sedih... sedihhh.......
OK DENGAN INI AKU NK MENGISYTIHARKAN BAHAWASANYA AKU NK JDIKAN IAITU 20 MEI 2013 SEBAGAI HARI PALING SEDIH SEDUNIA........ :(

OK.. nie je la nk coretkan dekat dairy x rasmi aku nie... ok bye..... 

ASSALAMMUALAIKUM... :)


Tuesday, 26 February 2013

YA HANANA

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA :)

ok arinie xde pape yang nak di diceritakan... cuma arinie aku nk share dekat korang satu qasidah yang aku dapat dari seorang hamba Allah nie... huhuhuhu
selalunya kitorang asik berdebat je.. tapi arinie kitaorang tershare lagu2 yang meruntuh jiwa dengan bait2 lirik yang dilafazkan...

hahahhaha.... aku mula mengarut... hahaha..... nie lagunya... "YA HANANA"

lagu nie didendangkan oleh adik2 dari sekolah tahfiz, kumpulan al-mawlid dan in-team ... heheheehe
best sangat qasidah nie... :)


hayati bait2 ayat tersebut ye....


yang nie pulak video yang dibuat adik2 comel.. ala kiut miut dorang nie.. heheheehhe



bestkan adik-adik nie nyanyi lagu nie.. hehehe... meriah je suasana n gelagat adik-adik nie :) 
yang penting adik-adik nie nyanyi dengan PENUH BERSEMANGAT sampai akak pon tersemangat nak dengar ... HEHEHEHE.. :)


OK la sampai sini sahaja coretanku.. hehehe..... lupa pulak nak bagitau lagi nie aku penah dengar rasanya masa kumpulan AL-MAULID (dulu kumpulan ruffage) dendangkan dekat U aku masa  PROGRAM KARNIVAL KEINDAHAN ISLAM ... 

again!!!.. ok2 yang nie last.... semoga kita semua sentiasa hidup dibawah lembayung kasih Allah :)

salam sayang dari ku... :)

diharapkan pengkongsian ku ini memberi sedikit manfaat buat semua. in sha Allah

ASSALAMMUALAIKUM


                                                                                                         coretan sayang :

                                                                                 




P/S > nanti masa nak dengar qasidah nie, pause dulu lagu dekat bawah tu eh.. supaya kita sama-sama boleh hayati bait2 yang didendangkan :)


Monday, 21 January 2013

AKU DI UTM




ASSALAMMUALAIKUM....

ADA ORANG KE TAK.. SAYA NAK MASUK NIE?

ADAKAH BEGINI MUKAKU SEMASA SESI MENUNGGU?...
KALAU BETUL , ALAHAI.. KURANG HANTARAN KAWIN NNTI :D

disebabkan kebosanan yang sesangat n sesangat melanda jiwa dan ragaku.. jadi aku telah membuat keputusan untuk menarikan jari jemari comelku bagi meceritakan  serba sedikit tentang pengalaman yang aku dapat  semasa menjadi peneman setia kakakku yang time tu busy duk dalam library cri bahan tok tesis dia tu...
OK KAWAN2.. CERITANYA BERMULA DRI SINI :D




aku pergi UTM nie dah masuk kali ketiga kot. kali pertama msa aku kena berjuang bermati-matian bagi menjalani sesi temuduga bagi melayakkan aku melanjutkan pelajaran ke UPSI.. dan alhamdulillah berkat doa keluarga aku berjaya dalam sesi temuduga tu n sekarang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam bidang ISMP BAHASA MELAYU. (sebenarnya kan aku mohon ISMP BM TU pilihan kedua sbbnya pilihan pertama aku berangan nak jadi cikgu kaunseling je..hahaha.. tup2 tengok dapat jdi cikgu bahasa melayu.. hahaha )
NIE GAMBAR 2 TAHUN LEPAS KOT.. MUKA EXCITED LEPAS SESI TEMUDUGA BERSAMA PANEL2 YANG SANGAT SPORTING :)
SOALAN YG PALING TAK DILUPAKAN BILA KENA SOAL DENGAN PANEL2 ITU IALAH.....
JENG..JENG... JENG..
TELL ME ABOUT YOUR SHOES?.... hahahaha... tergelak2 aku .. terkejot beruk dengan soalan yang sangat tak dijangka :)


kali kedua N ketiga aku pergi sebab nak temankan kakak aku  cri bahan dekat fakulti pendidikan. sbbnya mak cik sibuk cerita serabutnya hidup dia kena siapkan tesis sampai dengan aku, aku sekali kena teman dia pergi library FAKULTI PENDIDIKAN (kalau tak silap aku) tok cari bahan rujukan tesis dia tu... sabar je la kan.. x pe.. demi kakakku yang tercinta.. hahaha... nak tau tak kakak aku yang mana?... ah nie la kakak aku yang PAKSA aku temankan dia cri bahan tu... hahahaha...

nie kakak aku. KAK ZURA A.K.A CIKGU ZURA YANG GARANG...HEHEHE..
GAMBO NIE AKU CURI DEKAT FB DIA NIE... JANGAN DIA TAHU SUDAH LA YE...
HEHEHE...  :D
Tapi yang sedihnya, aku cuma duduk diluar library tu je.. x masuk pon.. so bayangkanlah..selama 2 jam aku mengalami masalah ganguan identiti.. dh macam orang gila pon ada duduk sorang2 dekat luar...haha... tapi nasib baik la aku bawak pink lappy aku nie..so dapatlah aku curi line library tu. sambil melayan korea. hahaha
hahaha...XDE LA CNTIK CMNIE.. TAPI MCAM NIE LA PINK LAPPY KESAYANGAN AKU TU... KERJA LAPTOP AKU NIE ASIK MSUK ICU JE.. AKU PON X FHM KENAPA DIA NIE EXCITED SANGAT PERGI HOSPTAL...
TERBANG WEIII $$$$ AKU... HUHUHU :'D
umm disebabkan dah takde idea nk tulis.. so aku bagi korang (ada ke yang baca entry nie yana oiii.. berangan la ko nie :)... hahaha ) tengok la hasil photografi yang aku amik sekitar tempat aku duduk tu... haha... almaklum mood bosan melanda..so snap2 je la jwbnye.. hahaha....
tapi mse aku amik gambo nie xde la sampai guna DSRL...( x mampu lagi nak beli :( ) so aku rembat handphone samsung w kakak aku snap2 view dekat sekitar UTM.... hahahha

so nie antara koleksi gambarnya  ( xde msa dah nk edit gmbo2 tu..so gambo nie memang original.. fresh dari ladang... hahaha ) 
nie gambar depan library tu...sori la ye kabur sikit sebabnya time tu aku terasa segan nk snap gambo... hahaha

YANG BANGUNAN NIE BETUL2 DEPAN KERUSI AKU YANG AKU DUDUK... IGAT JUMPA LA PAKWE2 HENSEM.. TAPI X DE PON.. DORANG CUTI SEM KO TIME NIE :(



MACAM XDE KEJE KAN AKU.. HAHA... XPE.. BAKAL PENDIDIK NIE :D

SUKA TENGOK POKOK BUNGA NIE... ALAHAI.. KALAU SUH MAK AKU TANAM CONFIRM BOLEH MENANG ANUGERAH RUMAH FELDA TERCANTIK... KIHKIHKIH :D

NIE RUPA FAKULTI PENDIDIKAN KOT... (KALAU SALAH MAAF YE... SAYA BUDAK BRU BELAJAR :)

PENGUMUNAN2..!!!!.. NIE LA MEJA YANG MENEMANI SIANG HARIKU TDI.. HAHAA..SWEETKAN KAMI :D

X TAU LA NIE APA.. SEBABNYE MAIN SNAP JE.. HAHAHA

MASJID UTM.. CANTIK KAN... UPSI PON ADA MASJID MACAM NIE...
RUMAH ALLAH :)
INDAH KAN.. :)
BLOK C19?... MAAF YE.. TAK TAHU NIE BLOK APA :)

GAMBAR NIE PALING MENCABAR NAK AMIK ... HAHA..SEBABNYA NASIB BAIK TAK KENA LANGGAR DENGAN KERETA TDI.
ALMAKLUM BERANI MATI BERDIRI TENGAH JALAN RAYA.. :D

OTW NK G KAT PARKING KERETA KAKAK AKU... HAHAHAHA...
CE TEKA MANA KERETA KAKAK AKU?...
ADA KE X?
XDE PON.. :D
KERETANYA NYOROK SBB MALU NAK BERGAMBAR... HAHAHA

NIE X SURE BANGUNAN APA.. TAPI CANTIK BANGUNAN NIE..ADA UNSUR TRADISIONAL DALAM REKAANNYA :) BANYAK UKIRAN AWAN LARAT :)

EH... LORI UTM.. NK JUGAK LORRY NIE INTERFRAME KAN.. HAHAA.... X PE.. BGI PELUANG EH.. :D

NIE KALAU TAK SILAP FAKULTI SAINS KOT...WAH AKU TABIK SRPING AH BUDAK2 YANG STUDY SAINS..ALMAKLUM SEBABNYA DULU AKU NGN SAINS MUSUH KETAT.. HAHAHAHA

AH YANG NIE PON AKU TAK TAHU BANGUNAN APA.. TAPI CANTIK BGUNAN  NIE... :)

LIHAT3!!!!... ADA TASIK DISITU?... NAMPAK X?..HAHA... NIE SEMPAT SNAP MASA OTW NK BALIK... :)
 EHHH....belum habis la... tu bru permandangan... nie gambar  model yang aku snap.. haha..sapa lagi kalau bukan kakak aku.. hahha ... nak tahu tak?..sebenarnya kakak aku y paksa aku amik gmbo dia.. hehehehehehe... tapi takpe..sebabnya aku pon suka amik gambar orang...haha

MUKA HAPPY BILA DAPAT CRI BAHAN Y DIA NAK... HAHAHA......SENYUM MANIS KAN :)

GAMBAR CANDID.... PANDAI JUGAK KAKAK AKU BERAKSI CANDID... X SANGKA I... HAHAHAHA...